Selasa, 27 November 2012

Indahnya Bahasa Kita


         
              Pantun merupakan salah satu daripada jenis-jenis puisi. Keindahan dan kehalusan bahasa yang digunakan dalam sesebuah pantun itu tidak terungkap dek kata-kata. Pelbagai nasihat, jenaka mahupun ilmu banyak diselitkan dalam menyampaikan maksud tersurat dan tersirat kepada masyarakat. 

       Semasa saya belajar di sekolah rendah 33 tahun yang lalu, pantun, gurindam, seloka, sajak dan banyak lagi telah diajar. Setiap tahun, kami akan dibekalkan dengan sebuah buku puisi. Pantun-pantun lama menjadi mainan di bibir kami.

        Apa yang menyedihkan, usaha ini tidak diteruskan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah kini. Hal yang demikian, tidak hairanlah generasi sekarang tidak mengenali puisi kita yang terdahulu. Sayang bukan? Ini satu keadaan yang amat membimbangkan kita dalam usaha memastikan pantun-pantun lama seperti ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. 

              Tontonlah video 'Gurindam Jiwa' yang dipaparkan untuk membuktikan betapa indah dan halusnya bahasa kita dalam pantun-pantun yang dinyanyikan.

Tugasan hari ini;
Murid-murid dikehendaki menyalin dua daripada rangkap pantun yang terdapat di dalam video tersebut menggunakan tulisan berangkai.

6 ulasan:

  1. Cikgu, kalau kita pandai membina rangkap pantun secara spontan memang terbaiklah....saya memang suka dengar org berpantun tapi tak pandai berpantun secara spontan....alhamdulillah dengan berkongsi info ini...teruskan ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak. Tolong kiah, camane nak mainkan video tersebut tanpa gangguan lagu tema blog kiah ni ye?

      Padam
  2. Halaman ini menarik. Saya suka.Tahniah cikgu.

    BalasPadam
  3. Video anda menarik saya. Berusaha lagi

    BalasPadam
  4. Terima kasih rakan-rakan kerana sudi menjadi folowers laman blog saya dan sememangnya amat saya hargai. Saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa.

    BalasPadam