Jumaat, 30 November 2012

Kata Kerja

                                                                    
            Salam Sejahtera murid-murid. Apa khabar pagi ini? Baiklah, kalian hendak tahu cara-cara untuk berjaya dalam pelajaran? Apa kata, bacalah 'Resepi Kejayaan' yang cikgu paparkan di bawah. Selepas itu, murid-murid dikehendaki menyenaraikan kata kerja yang terdapat di dalam resipi tersebut untuk mencari maksud dengan merujuk e-Kamus Dewan Bahasa Pustaka (DBP) yang terdapat di sebelah kanan skrin blog ini. Buat latihan ini di dalam buku tulis Perbendaharaan Kata.

Untuk intinya:
Beberapa ratus gram latihan dan ulangkaji
Dua kotak serbuk azam
Dua bungkus minat
Secubit ingatan

Untuk kulitnya:
Satu cawan tekun dan sabar
Sekeping jadual
Tiga mangkuk rajin
Dua pinggan usaha
Bacaan secukupnya

Untuk hiasan:
Sepinggan tawakal
Segenggam doa

Cara membuatnya:
      Gaulkan bacaan, rajin, tekun dan sabar di dalam kotak fikiran. Uli dengan lembut. Jika adunan agak keras, tambahkan rajin dan bacaan sehingga mencapai matlamat yang diinginkan. Campurkan jadual untuk melengkapkan adunan ini. 
       
       Untuk intinya, campurkan minat, azam, latihan dan ulang kaji yang telah diayak. Tambahkan ingatan sebagai pemanis. Ingat, resepi ini tidak perlu dicampur dengan bahan lain seperti cinta dan yang seumpamanya kerana ia boleh merosakkan adunan.
       
     Sekarang, canaikan kulit yang telah diuli tadi. Elakkan daripada kulit yang dicanai daripada berlubang agar virus malas tidak akan meresap ke dalam adunan ini. Masukkan inti ke dalam kulit yang telah siap dicanai, bungkuskan dan bentukkan mengikut citarasa sendiri. Gorengkan sehingga masak. Setelah sejuk, hiaskan dengan doa dan tawakal.

        Selamat mencuba dan semoga berjaya.

3 ulasan:

  1. tahniah atas blog yang cikgu bina. semoga perkongsian ilmu ini mendatangkan kebaikan kepada kita semua.

    BalasPadam
  2. Tahniah, blog yang menarik. Boleh cuba resepi baru ni!

    BalasPadam
  3. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi melawat laman blog saya dan atas komen membina yang diberi. Jasa cikgu amat saya hargai.

    BalasPadam