Assalamualaikum dan Selamat Pagi murid-murid.
Pada pagi ini cikgu ingin menyentuh tentang kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang sering berlaku semasa berkomunikasi dalam kalangan masyarakat di negara kita sejak kebelakangan ini. Rasa cinta terhadap bahasa Melayu dipandang sepi apabila bahasa Melayu dirojakkan dengan bahasa asing. Kepentingan bahasa Melayu semakin tergugat lebih-lebih lagi apabila wujudnya bahasa sistem pesanan ringkas (sms) yang sudah pasti menghalang ke arah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Mari kita tonton video di bawah bagi menjelaskan lagi pemasalahan penggunaan bahasa yang dihadapi kini.
Lantaran itu, bersama-samalah kita menjulang bahasa Melayu bahasa kita. Kalau bukan kita, siapa lagi. Sila klik http://rojak16.blogspot.com/2010/08/punca-penggunaan-bahasa-rojak.html untuk perkongsian ilmu.
Bahasa
Menjunjung Budaya Bangsa
Martabatkan bahasa kita agar terus dituturkan anak bangsa!
BalasPadamSudah pasti... Itulah tugas kita sebagai pendidik.
Padam