Hari ini kita akan mempelajari tentang beberapa aspek tatabahasa yang murid-murid sering melakukan kesalahan dalam membina atau melengkapkan sesuatu ayat iaitu penggunaan kata pemeri yang betul. Berdasarkan pemerhatian cikgu, ramai murid yang masih kurang faham tentang penggunaan kata pemeri 'adalah’ dan juga ‘ialah’ di dalam ayat.
Contohnya;
SALAH
|
BETUL
|
|
|
Kata pemeri merupakan
unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-frasa
utama dalam predikat.
a. Penggunaan kata pemeri ialah
digunakan di hadapan frasa nama.
Contoh; Bangunan yang tinggi itu ialah kompleks beli-belah.
b. Penggunaan kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa adjektif.
Contoh; Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah tepat sekali.
c. Penggunaan kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa sendi nama.
Contoh; Pengumuman itu adalah daripada guru besar.
Contoh; Bangunan yang tinggi itu ialah kompleks beli-belah.
b. Penggunaan kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa adjektif.
Contoh; Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah tepat sekali.
c. Penggunaan kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa sendi nama.
Contoh; Pengumuman itu adalah daripada guru besar.
Walau bagaimanapun,
kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi kecuali dalam binaan:
adalah + kata nafi + frasa adjektif seperti dalam ayat-ayat di bawah.
i.
Tuntutan mereka adalah tidak wajar.
ii.
Jawapan itu adalah tidak tepat.
iii.
Laporan itu adalah tidak benar.
Namun begitu, kata pemeri adalah
dalam ayat-ayat contoh di atas boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau
struktur ayat.
Kata pemeri juga tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kata
kerja seperti yang dijelaskan di dalam rajah di bawah.
SALAH
|
BETUL
|
|
|
Tugasan hari ini;
Untuk menguji pemahaman serta penguasaan kata pemeri ini, murid-murid diminta melengkapkan ayat-ayat di bawah menggunakan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' yang betul.
1. Cara-cara menyediakan kek oren berlapis ____________ seperti berikut.
2. Ringgit ___________ mata wang Malaysia.
3. Puan Julia _______________ guru bahasa Melayu tahun 6 Mutiara.
4. Pemilihannya sebgai pemain kebangsaan __________ keputusan yang
paling tepat.
paling tepat.
5. Bangunan Sultan Abdul Samad _______________ bangunan bersejarah.
6. Mutusami ___________ ketua pengawas yang baru dilantik.
7. Pemilihan Johan sebagai tokoh murid ___________ tepat sekali.
8. Hadiah itu _______________ pemberian daripada datuknya.
9. Ilmu pengetahuan __________ sangat penting berbanding harta kekayaan.
10. Siti Zulaikha __________ anak yang paling disayangi antara adik-
beradiknya yang lain.
beradiknya yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan