Isnin, 3 Disember 2012

Penulisan

Selamat pagi. Bersua kembali kita dalam ruangan Wadah Bahasa. 
            Baiklah, murid-murid. Hari ini kita akan belajar tentang panduan menulis karangan. Cikgu harap semua murid dapat memberikan  sepenuh perhatian terhadap tayang video Tutor TV ini untuk memahami dengan lebih jelas tentang aspek-aspek penting yang perlu ada dalam membina sebuah karangan atau penulisan yang baik.


                                         

Adakah kamu faham dengan penerangan tentang cara-cara menulis karangan yang betul melalui tayangan video Tutor TV sebentar tadi? Cikgu amat berharap kamu dapat memahami dengan lebih jelas tentang perkara yang perlu kamu lakukan dalam membina sebuah karangan yang berkualiti bagi memenuhi aspek-aspek yang ingin dinilai seperti jumlah isi, kandungan isi, huraian atau olahan bagi setiap isi, penggunaan tatabahasa yang betul termasuk ejaan, tanda baca dan struktur ayat. Tidak lupa juga penggunaan peribahasa yang dapat menambahkan keindahan bahasa  sesebuah karangan. Cikgu turut berharap agar murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari hari ini semasa menulis karangan seterusnya dapat membantu kamu agar memperoleh markah yang cemerlang untuk Bahagian B, Bahasa Melayu Kertas 2. 

3 ulasan:

  1. Saya faham cikgu Rokiah.......tambahkan lagi info yg terbaik untuk kami menambah ilmu....

    BalasPadam
  2. Yalah tu... kak jehan.. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjadi komentar setia.. Nape kiah comment akak punya blog, ulasannya x dapt dipaparkan?

    BalasPadam
  3. Kiah, adikku tulis aje komentar tersebut...kakak dapat baca bila kakak approve baru dapat dilihat oleh pembaca blog kita....teruskan memberi komentar kat blog kakak ya...

    BalasPadam